
Mimbar Nusantara Group Expresses Gratitude to DagangNews.com for Coverage on Chemor Kayangan and Astana Chemor Projects
September 13, 2024
Program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 di SJKC Tanah Hitam
April 16, 2025Kerjasama antara Pertubuhan Kebajikan Cahaya Rahmah Ipoh, Perak dengan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Greentown telah berjaya menganjurkan satu program kesihatan yang memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat. Program ini menyediakan pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan percuma seperti:
1. Pemeriksaan BMI, paras gula dalam darah, dan kolesterol
2. Mamogram & ujian Pap Smear untuk kesihatan wanita
3. Pemeriksaan pergigian dan mata
4. Kemudahan derma darah
5. Sesi konsultasi kesihatan percuma
Program ini turut mendapat sokongan padu daripada Pejabat YAB Ahli Parlimen Tambun, Klinik Kesihatan Greentown, dan Syarikat Kumpulan Mimbar Nusantara yang bersama-sama menyumbang ke arah kejayaan program ini.
Program ini telah berjaya memberikan impak positif kepada penduduk di sekitar Chemor, Tanah Hitam, Kanthan Baru, Kampung Cik Zainal, Kuala Kuang, dan kawasan berdekatan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan bagi memastikan kesihatan masyarakat sentiasa terpelihara.









