Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025, SJKC Tanah Hitam telah menganjurkan Program Penyampaian Angpau untuk semua warga pendidik, diikuti dengan inisiatif kebajikan komuniti kepada warga emas yang memerlukan. Majlis ini telah di dijalankan di dewan SJKC Tanah Hitam dan merangkumi:
1. Agihan angpau sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah.
2. Sumbangan barang keperluan dapur dan angpau kepada warga emas yang kurang berkemampuan, agar mereka turut merasai kemeriahan perayaan.
Program ini mencerminkan semangat perpaduan, kesyukuran, dan prihatin, sekaligus mengukuhkan hubungan komuniti sambil menyambut kedatangan Tahun Ular dengan penuh kemakmuran dan harapan.