Selesai satu Majlis menandatangani MOU Pagi tadi di Pejabat Majlis Daerah Kampar. Bagi pihak Mimbar Nusantara Holdings Sdn Bhd ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kepada kerajaan Negeri Perak kerana meluluskan usahasama ini diantara Majlis Daerah Kampar dan Mimbar Nusantara Holdings Sdn Bhd bg membangunkan satu skim Perumahan yang tumpu kepada sasaran seperti B40 & M40.
Terima kasih juga kepada YB Dato Nolee, selaku Exco Perumahan merangkap ADUN Tualang Sekah yang memberi sokongan bagi menjayakan usahasama ini yang akan memberi banyak manfaat kepada orang tempatan di kawasan Tualang Sekah dan Malim Nawar.
Terima kasih juga kepada En.Akmal, CEO LPHP, yang turut hadir mewakili YB Dato Nolee bagi Majlis pagi ini. Terima kasih kepada YDP En.Halim, barisan ahli-ahli Majlis dan pegawai-pegawai dari Majlis Daerah Kampar yang menyambut baik usahasama ini.
Projek ini bakal menyaksikan pembangunan bercampur dengan design yang moden seperti rumah teres setingkat dan dua tingkat serta rumah super link.